Ini ialah plan i-Great Amal
Plan simpanan Haji @ Umrah Great Eastern Takaful
Dalil Wajib Haji dan Umrah
“Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh” - Al haj 27
Sudahkah saudara memulakan simpanan untuk menunaikan haji?
Sekiranya belum, eloklah mulakan sekarang. :)
Bak kata pepatah Cina, masa yang terbaik untuk menanam pokok adalah 10 tahun yang lalu, dan masa kedua terbaik adalah sekarang.
Mungkin ada yang bertanya, apakah instrumen terbaik untuk simpanan haji?
Untuk soalan ini, jawapannya sudah diberikan di dalam soalannya.
Jawapannya ialah SIMPANAN.
Untuk memulakan simpanan haji, gunakanlah instrumen simpanan yang sewajarnya untuk membuat simpanan. Instrumen simpanan terbaik bagi simpanan haji di Malaysia ialah Tabung Haji. Sebagaimana namanya, Tabung Haji adalah sebuah instrumen untuk membantu masyarakat Islam membuat simpanan bagi tujuan menunaikan ibadah haji.
Kos menunaikan haji meningkat dari masa ke masa. Justeru masa terbaik untuk memulakan simpanan haji adalah sekarang, bukan untuk menunggu sehingga usia pencen baru berkira-kira hendak menunaikan haji.
Untuk merancang simpanan haji, ada beberapa langkah yang saya syorkan;
Pertama - Letakkan sasaran tempoh masa.
Kedua - Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan.
Ketiga - Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah kedua, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.
Sebagai contoh, saudara berusia 30 tahun dan bercadang untuk memulakan simpanan haji.
Pertama
- Letakkan sasaran tempoh masa.
Katakanlah saudara mensasarkan usia 40 tahun untuk menunaikan ibadah haji, maka saudara mempunyai tempoh 10 tahun lagi untuk membuat simpanan.
Kedua
- Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan.
Dalam masa 10 tahun akan datang, saudara menganggarkan jumlah perbelanjaan haji adalah RM 20,000. Maka RM 20,000 menjadi sasaran simpanan yang perlu dilakukan.
Ketiga
- Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah kedua, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.
Akhir sekali, jumlah RM 20,000 tadi dibahagikan dengan temph 10 tahun, maka
RM 20,000 / 10 tahun = RM 2000 setahun,
RM 2,000 setahun / 12 bulan = 166.66 atau RM 170 (selepas dibundarkan) sebulan.
Maka, jumlah simpanan bulanan yang diperlukan adalah RM 170 atau
Jumlah RM 170 ini akan menjadi lebih tinggi sekiranya sasaran tersebut lebih pendek masanya atau simpanan yang diperlukan lebih tinggi. Contoh yang saya berikan ini tanpa mengambil kira sebarang keuntungan.
Jadi, apa seterusnya?
Seterusnya, apa yang saudara perlu lakukan ada DISIPLIN.
Ya, berdisiplin dalam membuat simpanan setiap bulan selama 10 tahun.
Sekarang, saudara sudah mengetahui kaedah dan cara membuat simpanan haji. Namun, adakah saudara yakin dalam tempoh 10 tahun akan datang saudara masih mampu menunaikan niat suci saudara?
Tiada siapa mampu memberikan jawapan ini melainkan Allah. Takdir akan menentukan sama ada nyawa kita masih panjang untuk mengecapi usia 40. Jika usia kita masih panjang, dan kita masih sihat wal-afiat, kita berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Jika sebaliknya, insya-Allah niat dan usaha kita untuk menunaikan haji tetap akan diberi pahala oleh Allah.
Justeru, di sinilah peranan takaful datang untuk membantu niat tersebut tetap tercapai sekalipun berlaku perkara yang tidak diingini terhadap diri saudara.
Memperkenalkan i-Great Amal, Pelan Takaful Keluarga
Bertempoh yang mampu dimiliki, yang akan membantu anda
dalam menguruskan status kewangan dan memberikan
perlindungan untuk anda sepanjang perjalanan dalam
memenuhi keperluan rohaniah anda.
i-Great Amal
Great Eastern Takaful memperkenalkan sebuah produk terbaru i-Great Amal, pada kadar serendah RM 50 sebulan membolehkah simpanan haji berkenaan diberi jaminan kewangan sekiranya berlaku musibah terhadap peserta sebelum sempat menunaikan haji.
Dengan kadar semurah ini, berdasarkan pengiraan yang dilakukan sebentar tadi, saudara boleh peruntukkan sebahagian jumlah simpanan saudara ke dalam i-Great Amal sebagai akaun kedua selepas Tabung Haji.
MELINDUNGI ANDA DARIPADA KEJADIAN YANG TIDAK DIDUGA
i-Great Amal direka untuk melindungi anda dan orang tersayang daripada kejadian yang tidak diduga.
Sekiranya berlaku kematian, Jumlah Perlindungan Asas daripada Dana Tabarru’1 dan jumlah keseluruhan yang ada di dalam Akaun Individu Peserta (PIA)2 (jika ada), akan dibayar sepenuhnya, untuk mengurangkan beban orang tersayang.
Sekiranya anda mengalami Hilang Upaya Penuh dan Kekal (TPD) sebelum sijil matang, anda akan menerima sejumlah wang mengikut peruntukan TPD dalam sijil untuk perbelanjaan hilang upaya.
Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat.
MANFAAT BERGANDA KETIKA ANDA MENGERJAKAN HAJI ATAU UMRAH
Di GETSB, kami menghargai kepentingan Haji dan Umrah. Dengan itu, kami menawarkan perlindungan
berganda sekiranya anda ditimpa musibah kematian semasa mengerjakan Ibadah Haji atau Umrah.
Kami akan memberikan Jumlah Perlindungan Asas sebanyak dua kali ganda daripada Dana Tabarru’ dan jumlah keseluruhan yang ada di dalam PIA (jika ada) akan dibayar sepenuhnya kepada insan kesayangan anda supaya meringankan kesukaran kewangan yang mereka hadapi.
Sekiranya anda mengalami TPD semasa mengerjakan Haji atau Umrah, anda akan menerima perlindungan kewangan sebanyak dua kali ganda daripada Jumlah Perlindungan Asas dan jumlah keseluruhan yang ada di dalam PIA (jika ada) mengikut peruntukan TPD dalam sijil.
MANFAAT IHSAN
Sekiranya anda meninggal dunia, keluarga anda akan menerima RM2,000 dalam jumlah sekali gus sebagai Manfaat Ihsan daripada Dana Tabarru’.
1. Manfaat ini adalah tertakluk untuk kematian atau TPD sebelum Orang yang Dilindungi berumur 60 tahun.
2. Tertakluk kepada lain-lain terma dan syarat.
1 Dana Tabarru’ merujuk kepada kumpulan dana yang diwujudkan bagi tujuan perpaduan dan kerjasama antara peserta yang digunakan untuk membantu semua peserta seandainya berlaku perkara yang tidak diingini.
2 Akaun Individu Peserta (PIA) merujuk kepada akaun individu yang mana caruman diperuntukkan.
MANFAAT TAMBAHAN BAGI MENYINARKAN PERJALANAN ANDA
Tunai untuk Mengerjakan Haji atau Umrah
Sekiranya anda bercadang untuk mengerjakan Haji atau Umrah, anda tidak perlu risau soal perbelanjaan kerana kami akan memberikan RM800 (sekali sahaja sepanjang tempoh sijil) secara tunai.
Pihak kami akan turut memberikan wang RM800 ini sebagai hibah3 kepada anda atau orang yang anda kasihi sekiranya perkara yang tidak diingini menimpa anda seperti kematian atau TPD pada bila-bila masa selagi sijil masih berkuatkuasa (sekiranya belum dituntut sepanjang tempoh sijil).
Dan sekiranya anda masih belum menerima manfaat tunai ini sepanjang tempoh sijil, pihak kami akan
membayar RM2,000 sekali gus bersama jumlah di dalam PIA (sekiranya ada) semasa tempoh matang.
1. Sijil mestilah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 5 tahun untuk layak menerima manfaat ini dan semua caruman telah dikemaskini.
2.Manfaat ini hanya akan diberikan bagi 2 sijil sahaja.
3. Tertakluk kepada lain-lain terma dan syarat.
BADAL HAJI (HAJI YANG DILAKUKAN OLEH WAKIL)
Menunaikan haji merupakan rukun Islam yang ke-5. Bagi memenuhi tuntutan Haji ini, sekiranya ditakdirkan anda meninggal dunia atau menderita akibat TPD, kami akan melantik mana-mana badan dan organisasi yang berkaitan bagi menunaikan Badal Haji untuk anda. Segala yuran yang dikenakan akan ditolak daripada manfaat yang akan dibayar kepada penama. Manfaat ini adalah tertakluk kepada Orang yang Dilindungi berumur 16 tahun (hari jadi berikutnya) dan keatas sahaja semasa tuntutan dibuat.
Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat.
#Hibah merujuk kepada hadiah daripada Pengendali Takaful kepada peserta.
MANFAAT ADHA

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan Qurban4?” Rasulullah SAW menjawab: “Itulah sunnah bapamu Ibrahim.” Para sahabat bertanya lagi, “Apakah yang kita akan perolehi daripada Ibadah Qurban?” Baginda menjawab, “Untuk setiap helai bulu dari binatang Qurban, kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).
Bagi membantu anda mengerjakan Ibadah ini, kami berasa bertuah untuk memberikan anda RM500 untuk anda mengerjakan Ibadah Qurban ke atas satu bahagian haiwan yang akan dikorbankan. Anda mempunyai pilihan untuk mengerjakannya sendiri atau melantik kami sebagai ejen bagi mengerjakan Ibadah Qurban untuk anda.
1. Sijil mestilah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk layak menerima manfaat ini dan semua caruman telah dikemaskini.
2. Sekiranya kos bagi mengerjakan Qurban melebihi RM500, kami akan membayar anda sehingga maksima RM500 tanpa pilihan untuk melantik kami sebagai ejen untuk mengerjakan Qurban untuk anda.
3. Kami berhak mengganti manfaat ini dengan manfaat yang bersamaan tanpa perlu memberi notis awal.
4. Tertakluk kepada lain-lain terma dan syarat.
PEROLEH GANJARAN APABILA SIJIL MATANG
Setelah sijil matang, 100% daripada jumlah kesuluruhan dalam PIA (jika ada) dan manfaat Tunai untuk
Mengerjakan Haji atau Umrah sebanyak RM2,000 (sekiranya masih belum dituntut sepanjang tempoh sijil) akan dibayar dalam satu jumlah sekali gus.
DAPATKAN GANJARAN DENGAN LEBIHAN PENGUNDERITAN DAN KEUNTUNGAN PELABURAN
Dengan i-Great Amal, sekiranya terdapat lebihan pengunderitan, setelah melakukan penyelarasan yang sesuai untuk tujuan kecemasan, ianya akan dikongsi antara anda dan kami dengan nisbah 50:50. Bahagian anda daripada lebihan tersebut akan dikreditkan semula ke dalam PIA.
100% daripada Keuntungan Pelaburan daripada Dana Tabarru’ dan PIA akan dikreditkan semula ke dalam PIA.
Nota: Lebihan pengunderitan dan keuntungan pelaburan akan ditentukan secara tahunan.
NIKMATI PELEPASAN CUKAI
Manfaat yang diterima daripada i-Great Amal secara umumnya tidak dikenakan cukai dan caruman yang dibayar mungkin layak mendapat pelepasan cukai.
Nota: Manfaat cukai tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan Malaysia 1967, dan keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
# Qurban merujuk kepada haiwan yang boleh dijadikan korban pada Hari Raya Aidil Adha.
No comments:
Post a Comment